Nikmatnya

on Wednesday, March 11, 2009



Salam..
Sudah beberapa hari berlalu.Aku masih lagi terasa akan nikmatnya akan asap dari gas pemedih mata dan water canon dari insan tercinta,FRU.baru aku tahu,betapa manisnya perjuangan untuk tegakkan kebenaran.(benar ke?).
Kisah aku start bila aku dan kawan2 bermoto dari rumah ke Masjid India.Sesudah sampai,kami solat zohor dulu kat masjid.Tak kelihatan sangat ramai manusia akan hadir ke perhimpunan ini. Selepas selesai solat,aku mohan doa agar himpunan ini berakhir dengan aman.Aku agak gementar bila memulakan langkah ke Istana Negara.Disini,episod manis bermula......
Sesampainya aku hampir dengan himpunan manusia,dalam perjalanan kaki dalan 30minit,aku dikejutkan dengan larian manusia kearahku.Tiba2,mata yang tadi cerah terasa pedih yang amat sangat.Baruku tahu,penangan gas pemedih mata yang selama ini hanya ku dengari dari cerita dari rakan.Agak terkejut bila melihat makcik2,pakcik2,dan juga wanita2 masih lagi kuat dan teguh lagi untuk meneruskan perjalanan ke Masjid Negara.
Dari jauh,ku lihat dengan mata dan kepala ku sendiri,apabila abang2 FRU menembak gas pemedih mata kearah seorang lelaki tua yang pengsan akibat terhidu bau gas.Memang,baru aku tahu kerdil diri ini.Aku tak dapat berbuat apa2 untuk lelaki tua terbabit.Hanya yang berani sahaja berlari kearah beliau dan mengangkat terus ke tempat yang lebih selamat.
Dalam suasana kelam kabut dek ledakan gas,aku dikejutkan lagi dengan perpuluh-puluh tembakan gas,hanya Allah saja yang tahu...aku menangis meminta pertolongan dari-Nya. Aku tak dapat bernafas dan melihat.Mata terasa pedih yang amat sangat.Dimasa itu, kelihatan wajah mak dan ayah dalam fikiran.Adakah disini ajal ku?
Tak pernah aku duga dan rasa sebegini,walau tiada pertalian darah,tak pernah bersua muka, ramai dikalangan manusia menghulurkan bantuan.Mereka berkongsi air dan memberikan sedikit garam untuk diletakkan dalam mulut agar pedih dek gas itu dapat dikurangkan.
Kami bertukar haluan,arahan untuk ke Masjid Negara segera kami turuti.Dalam puluhan ribu orang,aku laungkan takbir.Memuji Illahi.Terima kasih Ya Allah! kau beri aku peluang untuk bersama sama rakan menuju ke Masjid Negara.Huhuhuuhu,aku agak kesal bila mengingati peristiwa apabila aku terus sahaja kearah abang2 FRU dan terus..."Aku tuntut di akhirat!".
Perkataan tu terus keluar tanpa aku hirau keselamatanku.Sampai aku di Masjid Negara, FRU datang dan tanpa teragak agak mereka menyerang kami dan ada peluru sampai di dalam masjid. Demi Allah,aku nampak sendiri peluru gas mengena pada tubuh manusiadan terpelanting ke dalam masjid.Akibatnya,pecah satu dari jam di masjid.Siapa abang2 FRU ni?Adakah mereka ni Buddha atau Kristian.Tidak!Mereka semua Islam,aku tatap wajah2 mereka.Semua mereka adalah melayu,Islam!
Tak semena mena,aku lihat water canon mula digunakan,memang,terus masuk ke dalam masjid.Terkena aku akan air itu,terasa gatal dan pedih2 badan ini.Situasi ini berterusan hingga 2jam.Banyak lagi benda nak tulis,tapi ada yang terlepas.Maklumlah,first time tulis.huhuhuhuhu.
Kami akhiri himpunan dengan bacaan doa dan ada yang berpesan.Mereka akan faham dengan bahasa'UNDI'...

0 comments:

Post a Comment