Bagaimana menjaga ksihatan dan mengekalkan muda..

on Saturday, August 15, 2009

Keinginan untuk sentiasa menjadi muda adalah rasa keinginan semula jadi stiap mnusia sama ada lelaki mhupn wnita.Setiap orang sboleh-bolehnye tidak mahu menerima knyataan bhawa dirinya telah dimakan usia shingga menjadi tua.Ia tetap mengatakan bhawa dirinya masih muda sehingga rasa lemah dan longlai merayap di stiap sendi anggota tubuh badanya,mukanya telah byk kedut,matanya smkin kabur,giginya tlh reput tlh trcbut,rmbutnya byk luruh,dan ubanya tlh mula memenuhi kepala,brlah ia sdar bhawa dirinya telah tua.Rupa-rupanya muda hanya datang skli shja tidak dua atau tiga dalam hdupnya.

Dalam pepatah arab ada mnyebutkan bgaimana gmbaran rasa hati seorng tua membayangkan bgaimana sgt besar hasratnya memadang zaman mudanya dgn madah yg brmksud,"Moga-moga kmbalilah muda itu kpdku barang shari agar dapat Aku khbarkn btapa besar peranan dan perjuangan pmuda".

Sekiranya muda itu kembali walaupun sehari biasanya dpakaikan kpd satu hrpan yg tidak akan menjadi.Tetapi muda adalah suatu idaman orang tua yg sungguh-sungguh brkhndakkan muda itu kmbali.Seumpama org sakit brkhndakkn sembuh,maka bgitulah orang tua brkhndakkn muda.

sekian-2 b cont..
dpetik dr lampiran teks ucapan
Dr.Borhanuddin Al-Helmy ,susunan oleh Taruna Aduka..

JANAGAN HIDUPKN PENGHAWA DINGIN SEBAIK SAHAJA MENAIKI KERETA

on Tuesday, June 23, 2009


Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila menghidunya.

DUN PERAK-ulasan dr pelbagai aspek undang2

on Saturday, May 9, 2009


Berikut Ulasan daripada Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwa.peguam yang baru-baru ini menjadi penerima anugerah hak asasi manusia antarabangsa.

1)PROSIDUR DIRAGUI

Dia mendapati terlalu banyak persoalan berhubung prosidur di dalam ruang dewan, mengakibatkan kesahihannya diragui.

"Pertama, bagaimanakah persidangan itu boleh sampai ke peringkat di mana Hee mengambil alih persidangan?" beliau mempersoalkan, merujuk kepada Hee Yit Foong, Adun Jelapang merangkap Timbalan Speaker.

"Sekiranya Sivakumar berada di situ secara sah, bagaimana dia (Hee) boleh mengambil alih (tugas Speaker)?" tambah beliau, merujuk kepada penjelasan Hafarizam yang membuat rujukan kepada Perkara 36A(1)(b) Peraturan Persidangan yang membenarkan Timbalan Speaker mengambil tempat menggantikan Speaker.

2)VERSI BERCANGGAH

Kata Imtaz, dia mendengar versi yang bercanggah-canggah mengenai peristiwa 7 Mei, termasuk dakwaan kononnya pada satu ketika Sivakumar tidak berada di dalam kamar dewan sewaktu persidangan berlangsung.

Beliau juga mempersoalkan kehadiran pegawai polis berpakaian biasa di dalam kamar dewan.

"Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan," kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen.

Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap.

3)POLIS MELANGGAR KUASA

"Polis telah bertindak tanpa kuasa. Mereka sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai agen kepada sebuah parti politik dan bukan sebagai pelaksana bebas undang-undang," kata Imtaz, sambil menekankan bahawa Sivakumar adalah masih Speaker yang sah ketika itu.

Sementara menekankan pandangannya bahawa tidak bermakna Adun Pakatan Rakyat bebas daripada apa-apa perlakuan salah, Imtaz menolak penjelasan Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan BN tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil polis apabila keadaan menjadi semakin tegang.

"Mereka mengatakan mereka tidak ada pilihan tapi itu tidak benar. Mereka boleh sahaja memfail untuk mendapatkan perintah mahkamah dan menyebut Sivakumar sebagai menghina mahkamah. Mereka tidak melakukan demikian tetapi memilih untuk membantu diri-sendiri tetapi membantu diri-sendiri tidak dibenarkan di bawah sistem perundangan kita," jelas Imtaz lagi dengan nada marah.

"Bahkan, cara paksaan terpaksa digunakan - dengan menggunakan polis untuk memaksa Sivakumar keluar dari kamar dewan tanpa sebarang alasan-� ini adalah merupakan penunjuk yang mencukupi bahawa BN tidak mempunyai penyelesaian politik mahupun perundangan terhadap kesulitan yang mereka sendiri mulakan."

Beliau juga mempersoalkan: "Pada saat manakan persidangan sebenarnya bermula?"

4)BILA SIDANG BERMULA?

"Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?" tanya Imtaz.

Beliau menekankan, Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon.

Imtaz juga menegaskan persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja.

5)TERUS BUNTU

"Inilah antara perkara yang menyebabkan saya merasa ragu tentang kesahan usul yang diluluskan," katanya

"Akhirnya, terdapat kebuntuan di sini," katanya, dan menambah sekiranya Perdana Menteri Najib Razak "ikhlas tentang Satu Malaysia, dia tidak boleh membenarkan BN melakukan tindakan tersebut."

Bagi pensyarah undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Abdul Aziz Bari, "semuanya begitu jelas dan terpampang."

Katanya, dia bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa persidangan 7 Mei adalah "haram dan tidak berperlembagaan".

6)CARA SALAH PILIH SPEAKER

"Bagi saya, cara mereka memilih Speaker adalah salah. Speaker masih Sivakumar," jelas ahli akademik itu.

Beliau memerhatikan bahawa urutan peristiwa dari 5 Februari sehingga semalam - dari perbuatan melompat parti yang dilakukan wakil rakyat yang dipilih sehinggalah kepada keputusan mahkamah membatalkan keputusan Sivakumar untuk menggantung kehadiran Adun BN - membuatkan kesahihan usul cukup meragukan menurut pandangannya.

Seperti juga Malik Imtiaz, Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan bersetuju situasi di Perak sudah tiba pada titik di mana tidak ada jalan lain kecuali Sultan Perakmembubarkan dewan undangan dan membuka jalan untuk pilihan raya umum baru bagi membersihkan kemelut yang berlaku.

7)UNDANG-UNDANG TIDAK BOLEH SELESAIKAN MASALAH

"Bagi kita, cara perundangan tidak akan dapat menyelesaikannya kerana setiap peguam mempunyai pendapat berbeza," katanya.

"Secara peribadi, saya rasa terdapat hujah yang memihak kepada kedua-dua pihak. Satu daripadanya bilakah persidangan itu sebenarnya bermula? Satu lagi apakah Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul yang hendak dibentangkan?"

"Tapi kini Pakatan Rakyat adalah pihak minoriti dan BN mempunyai majoriti stabil dengan 28 campur tiga bebas," jelasnya.

Ragunath menekankan cara terbaik untuk keluar dari permasalahan tersebut ialah membenarkan pengundi membuat keputusan.

"Saya tak fakir dalam demokrasi, untuk kembali semula kepada rakyat setelah baru sahaja mengadakan pilihan raya umum merupakan satu masalah," katanya.

SIDANG 7 JUN TIDAK SAH!

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Hrkh) - Pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat sidang Dun Khamis lalu, 7 Mei tidak sah kerana beberapa sebab. Sidang itu adalah rentetan dan siri perbuatan-perbuatan haram yang beranak-pinak dan terus menimbulkan kekecohan dan kekeliruan dalam negara.

Beliau berhujah, dari awal lagi sidang mengetepikan kedudukan dan kuasa Speaker yang ada yakni V. Sivakumar dan kemudian pelbagai arahan serta perintah dibuat oleh Setiausaha Dun dan Setiausaha Kerajaan yang tidak mempunyai autoriti yang sah.

Kedua, katanya pada hari itu sendiri sidang dilakukan melalui rampasan, khususnya Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan. Itu belum lagi mengambilkira kedudukan Hee yang sebenarnya masih di dalam penggantungan. Bagaimana Hee boleh dibenarkan memulakan prosiding yang kemudian memilih Datuk M Ganesan, soal Aziz.

Ditanya mengenai titah Raja Muda merasmikan sidang, Aziz berkata: "Ini tidak penting kerana ini dilakukan dalam sidang yang permulaannya sudah tidak sah. Dan ini pun bukan pokok. Kalau pembukaannya pun sudah tidak sah, tidak perlu kita bercakap hal-hal yang dilakukan selepas itu".

Aziz berpendapat V. Sivakumar masih lagi Speaker Dun Perak yang sah. Di dalam persidangan haram itu Ganesan kelihatan tidak begitu petah bercakap dan tidak begitu mahir dengan peraturan dewan sehingga terpaksa dibantu oleh Datuk Hamidah Osman.

Aziz menyifatkan kekecohan di Dun Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN pada 5 Februari. Sebelum ini polis juga menghalang sidang Dun Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari premis rasmi.

"Apa yang berlaku di Perak itu bagaikan persetubuhan haram yang melahirkan anak dan cucu yang kemudiannya melibatkan komplikasi dan kekeliruan tentang taraf dan hak anak-anak yang tidak berdosa itu," tegasnya.

Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang di bawah pokok dua bulan lalu sekali lagi polis memainkan peranan utama.

"Sebelum ini kita mendengar bagaimana Ketua Polis Negara sendiri dalam kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat mengakui yang mereka tidak boleh masuk dewan. Anihnya di Perak ada pula undang-undang lain yang mereka pakai".

Di sisi perlembagaan dan undang-undang mahkamah, apalagi polis, sebenarnya mereka tidak boleh campur urusan dewan.

"Apa yang polis lakukan ialah pencerobohan dan jenayah. Tetapi kita tak boleh buat apa-apa kerana kita bergantung kepada polis. Ini kes pagar makan padi," katanya kesal.

Sebab itu, tegas Aziz, cara menyelesaikan krisis di Perak ialah dengan membubarkan dewan kerana apa yang berlaku minggu lalu jelas menunjukkan keadaan makin teruk dan kerajaan haram pimpinan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan terus menghadapi masalah dan terpaksa bergantung kepada istana dan polis untuk berfungsi.

"Ini berlawanan dengan perlembagaan kerana istana dan polis ada peranan dan kerja masing-masing, bukan mengawal dan membantu kerajaan untuk berkuasa", tambahnya. Aziz berkata hanya kerajaan diktator yang berfungsi begitu dan dalam sistem demokrasi kerajaan hidup dan tegak berdasarkan sokongan rakyat, bukan atas bantuan polis dan mahkamah.

"Apa yang berlaku di Perak, oleh kerana cara BN membentuk kerajaan begitu misteri maka lawan mereka tidak dapat menerimanya". Aziz berkata hanya golongan fasis yang tidak percaya dengan pilihan raya sahaja yang akan mengambil tindakan ganas dan di luar kebiasaan untuk berkuasa.

Anihnya, Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dalam komennya Jumaat lalu berasa sedih kerana "pihak pembangkang melanggar undang-undang dan membuat kekecohan".

Khamis lalu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga menyalahkan pembangkang kerana membawa budaya rimba dan menentang titah sultan, perintah mahkamah dan arahan polis.

Aziz berkata di sisi undang-undang sesuatu tindakan tidak boleh dilihat berasingan dari suasana yang melatarinya. "Apa yang dilakukan oleh ahli-ahli Dun di Perak adalah respons yang akan dilakukan oleh sesiapa pun termasuk oleh BN sendiri kalau mereka melaluinya. Dengan itu adalah tidak adil untuk menuduh mereka ganas, liar dan sebagainya sedangkan kita tahu bagaimana mereka dilayan oleh polis dan pihak sekretariat kerajaan negeri," jelasnya.

Sebelum ini pelbagai pihak mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengganggu kuasa Speaker V Sivakumar dan sikap pihak polis yang berat sebelah dan tidak profesional.

Nikmatnya

on Wednesday, March 11, 2009



Salam..
Sudah beberapa hari berlalu.Aku masih lagi terasa akan nikmatnya akan asap dari gas pemedih mata dan water canon dari insan tercinta,FRU.baru aku tahu,betapa manisnya perjuangan untuk tegakkan kebenaran.(benar ke?).
Kisah aku start bila aku dan kawan2 bermoto dari rumah ke Masjid India.Sesudah sampai,kami solat zohor dulu kat masjid.Tak kelihatan sangat ramai manusia akan hadir ke perhimpunan ini. Selepas selesai solat,aku mohan doa agar himpunan ini berakhir dengan aman.Aku agak gementar bila memulakan langkah ke Istana Negara.Disini,episod manis bermula......
Sesampainya aku hampir dengan himpunan manusia,dalam perjalanan kaki dalan 30minit,aku dikejutkan dengan larian manusia kearahku.Tiba2,mata yang tadi cerah terasa pedih yang amat sangat.Baruku tahu,penangan gas pemedih mata yang selama ini hanya ku dengari dari cerita dari rakan.Agak terkejut bila melihat makcik2,pakcik2,dan juga wanita2 masih lagi kuat dan teguh lagi untuk meneruskan perjalanan ke Masjid Negara.
Dari jauh,ku lihat dengan mata dan kepala ku sendiri,apabila abang2 FRU menembak gas pemedih mata kearah seorang lelaki tua yang pengsan akibat terhidu bau gas.Memang,baru aku tahu kerdil diri ini.Aku tak dapat berbuat apa2 untuk lelaki tua terbabit.Hanya yang berani sahaja berlari kearah beliau dan mengangkat terus ke tempat yang lebih selamat.
Dalam suasana kelam kabut dek ledakan gas,aku dikejutkan lagi dengan perpuluh-puluh tembakan gas,hanya Allah saja yang tahu...aku menangis meminta pertolongan dari-Nya. Aku tak dapat bernafas dan melihat.Mata terasa pedih yang amat sangat.Dimasa itu, kelihatan wajah mak dan ayah dalam fikiran.Adakah disini ajal ku?
Tak pernah aku duga dan rasa sebegini,walau tiada pertalian darah,tak pernah bersua muka, ramai dikalangan manusia menghulurkan bantuan.Mereka berkongsi air dan memberikan sedikit garam untuk diletakkan dalam mulut agar pedih dek gas itu dapat dikurangkan.
Kami bertukar haluan,arahan untuk ke Masjid Negara segera kami turuti.Dalam puluhan ribu orang,aku laungkan takbir.Memuji Illahi.Terima kasih Ya Allah! kau beri aku peluang untuk bersama sama rakan menuju ke Masjid Negara.Huhuhuuhu,aku agak kesal bila mengingati peristiwa apabila aku terus sahaja kearah abang2 FRU dan terus..."Aku tuntut di akhirat!".
Perkataan tu terus keluar tanpa aku hirau keselamatanku.Sampai aku di Masjid Negara, FRU datang dan tanpa teragak agak mereka menyerang kami dan ada peluru sampai di dalam masjid. Demi Allah,aku nampak sendiri peluru gas mengena pada tubuh manusiadan terpelanting ke dalam masjid.Akibatnya,pecah satu dari jam di masjid.Siapa abang2 FRU ni?Adakah mereka ni Buddha atau Kristian.Tidak!Mereka semua Islam,aku tatap wajah2 mereka.Semua mereka adalah melayu,Islam!
Tak semena mena,aku lihat water canon mula digunakan,memang,terus masuk ke dalam masjid.Terkena aku akan air itu,terasa gatal dan pedih2 badan ini.Situasi ini berterusan hingga 2jam.Banyak lagi benda nak tulis,tapi ada yang terlepas.Maklumlah,first time tulis.huhuhuhuhu.
Kami akhiri himpunan dengan bacaan doa dan ada yang berpesan.Mereka akan faham dengan bahasa'UNDI'...

syukur seribu syukur..

on Wednesday, February 25, 2009

syukur ke hadrat ilahi.. dengan pemberian oksigen yg tdak dpt dnilai knikmatannye maka telah lahirlah blog "mulut busuk tp baik hati taw"..dgn lahirnye blok ini maka tidak dpt tidak mampu memberi muka kdp orang2 yg sntiasa sering menegakkan yg salah menerima krtikan atau kutukan dr pemilik blok ini..niat di hati bukan sm sekali ingin memusuhi mn2 pihak,tp hnya lah sekadar memberitahu kpd pihak2 yg x thu bhawa dye berada di jalan yg mana mmpu pemilik blok ini memgutuk mrk sm skali..sekian lah saje..trma kasih sm skali kpd mn2 blogger yg mmberi peluang kpd pmilik blok ini utk mengutuk mrk dlm pelbagai bentuk kritikan,mahupun kritikan yg berunsur pedas atau mnyentuh sdkit mngenai agama..